Objektif Institut_Wasatiyyah_Malaysia

IWM ditubuhkan dengan beberapa objektif:

  • Menyumbang ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang menghayati nilai-nilai dan etika yang unggul berteraskan konsep wasatiyyah dalam segenap aspek kehidupan. Memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang, serta keadilan sosial.[2]
  • Menjadi pusat kepada perkembangan dan percambahan idea bagi membanteras segala kegiatan ekstremis.[3]
  • Mengumpulkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang untuk berbincang, memberikan pandangan dan menganalisa perkara yang berkaitan wasatiyyah.