Organisasi Institut_de_Droit_International

Institut adalah sebuah badan swasta, yang terdiri daripada "syarikat bersekutu", "ahli", dan "ahli kehormat". Perlembagaan menetapkan bahawa bilangan ahli di bawah umur 80 tidak boleh melebihi 132 orang. Ahli-ahli, dijemput oleh organisasi, merupakan individu yang telah menunjukkan kerja-kerja ilmiah yang ketara dalam bidang undang-undang antarabangsa, dan adalah terhad kepada orang-orang yang dianggap bebas daripada tekanan politik. Organisasi cuba untuk memperluaskan keahliah ke seluruh dunia.

Institut menganjurkan kongress dua kali setahun untuk mengkaji undang-undang antarabangsa yang ada, dan meluluskan resolusi untuk cadangan mengubah undang-undang antarabangsa. Ia tidak memberi ulasan mengenai sesuatu pertikaian. Walaupun cadangan-cadangannya meliputi undang-undang antarabangsa dalam pelbagai bentuk, terdapat juga beberapa resolusi yang terutamanya berkaitan dengan undang-undang hak asasi manusia dan penyelesaian pertikaian secara aman. Hal ini melayakkan Institut menerima Hadiah Keamanan Nobel 1904.

Institut masih bergerak aktif dengan menganjurkan kongress di Naples pada September 2009.

Ibu pejabat Institut berubah-ubah mengikut negara asal Setiausaha Agung Institut pada ketika itu. Sejak pemilihan Professor Joe Verhoeven sebagai Setiausaha Agung pada September 2003, ibu pejabat Institut terletak di Grez-Doiceau, Belgium, dengan pejabat Graduate Institute of International and Development Studies di Geneva, Switzerland. Keahlian terkini adalah dikalangan peguam terkemuka, ahli akademik dalam bidang undang-undang[1] dan hakim-hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa.