Inti_(dewa)
Inti_(dewa)

Inti_(dewa)

Inti merupakan dewa matahari dalam kepercayaan orang Inka; malah dilihat sebagai dewa penaung kepada empayar mereka yang pernah menduduki sebahagian utama benua Amerika Selatan. Dewa ini dipercayai kelahiran Wiraqocha yang mewakili ketamadunan[1] serta adik-beradik dengan dewi bulan, Mama Killa/Quilla.Masyarakat Inka mempunyai suatu perayaan khusus memuja dewa ini yang turut menandalan permulaan musim menanam iaitu Inti Raymi[2]:109 atau "pesta matahari";[2] perayaan ini disambut apabila solstis musim sejuk jatuh di Hemisfera Selatan pada 24 Jun mengikut kalendar moden.[3]:154–155