Io_(bulan)
Io_(bulan)

Io_(bulan)

Io (disebut /ˈaɪoʊ/ eye'-oe, atau sebagai Bahasa Yunani Ῑώ) merupakan salah satu bulan paling dalam daripada empat bulan Galileo Musytari dan, dengan diameter berukuran 3,642 kilometer, merupakan bulan keempat terbesar di dalam Sistem Suria. Bulan ini telah dinamakan sempena Io, seorang paderi wanita bagi Hera yang menjadi sang pencinta bagi Zeus.Tidak seperti satelit-satelit lain di dalam Sistem Solar luaran (yang mempunyai lapisan ais yang tebal), Io kebanyakannya terdiri daripada batuan siliat yang mengelilingi satu leburan besi atau pusat besi sulfida. Io mempunyai permukaan secara geologinya sangat aktif di dalam surfaces sistem solar , dengan lebih daripada 400 gunung berapi aktif.[4] Aktiviti geologi yang sangat melampau ini sebenarnya hasil daripada perombakan haba daripada geseran yang dijana di dalam Io dengan tarikan Musytari yang berubah-ubah. Beberapa gunung berapi menghasilkan abu gunung berapi daripada sulfur dan sulfur dioksida yang meningkat setinggi 500 km (310 bt). Permukaan Io juga di"titik"kan dengan lebih daripada 100 gunung ganang yang boleh diangkat oleh mampatan yang besar di dasar kerak bulan yang bersilikat. Beberapa puncak di bulan tersebut adalah lebih tinggi daripada Gunung Everest Bumi.[5] Kebanyakan daripada permukaan Io dicirikan oleh dataran yang diselaputi oleh sulfur dan sulfur dioksida beku.

Io_(bulan)

Min jejari 1821.3 km (0.286 Earths)[1]
Halaju putaran khatulistiwa 271 km/j
Suhuminpuratamax • Permukaan
Suhuminpuratamax
• Permukaan 130 K200 K
Graviti permukaan khatulistiwa 1.796 m/s² (0.183 g)
Kecondongan 2.21° (kepada ekliptik)
0.05° (kepada khatulistiwa Musytari)
Kelajuan purata orbit 17.334 km/s
Albedo 0.63 ± 0.02[2]
Ditemui oleh Galileo Galilei
Apoapsis 423,400 km (0.002830 AU)
Jisim 8.9319×1022 kg (0.015 Earths)
Dimensi 3660.0 × 3637.4 × 3630.6 km[1]
Tekanan atmosfera sedikit
Isi padu 2.53×1010 km³ (0.023 Earths)
Tempoh orbit 1.769137786 h (152,853.5047 s, 42 j)
Min ketumpatan 3.528 g/cm³
Luas permukaan 41,910,000 km² (0.082 Earths)
Magnitud ketara 5.02 (opposition)[3]
Tarikh penemuan 7 Januari 1610
Kesipian 0.0041
Komposisi 90% sulfur dioksida
Halaju lepas 2.558 km/s
Purata jejari orbit 421,700 km (0.002819 AU)
Periapsis 420,000 km (0.002807 AU)
Satelit bagi Musytari
Tempoh putaran segerak