Perwatakan Ipin

Sebagai si adik, Ipin menunjukkan perwatakan seakan pak turut yang bersetuju sahaja dengan abangnya atau sesiapa sahaja yang berbual dengannya setiap kali, dengan membalas kata-kata itu dengan mengulangi satu kata tiga kali dalam satu ayat, misalnya "Betul betul betul" atau "Sedap sedap sedap". Ipin juga memperlihatkan rasa gemarnya akan makan ayam goreng, sehingga dia pernah sekali sanggup beli ayam goreng secara berlebihan walaupun belum tentu makan sampai habis.