Iqbal_M

Iqbal M ialah sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia yang ditubuhkan pada 2010.[1] Iqbal M. merupakan nama pentas vokalisnya, Iqbal yang pernah muncul sebagai penyanyi pada tahun 2010. Secara solo Iqbal sempat menghasilkan album mini berjudul Tembak Tepat. Status kerjaya solonya bertukar menjadi sebuah kugiran bermula pada tahun 2013 dan pernah muncul dengan EP berjudul Antara 2 Darjat.[2] Iqbal M menandatangani kontrak bersama Luncai Emas milik sifu M. Nasir dan muncul bersama album pertama Perasaan Sedih Jangan Kau Bimbang (PSJKB) yang dikeluarkan pada Januari 2019.[3][4][5]

Iqbal_M

Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Syarikat rakaman Luncai Emas
Ahli
  • Iqbal Othman
  • Aidil Azali
  • Johan Ariff
  • Shah Salleh
  • Al-Hafiz Dolmat
Genre Rock alternatif
Tahun aktif 2010–kini