Budaya Iraq

Rencana utama: Kebudayaan Iraq

Dalam era milenium yang paling mutakhir ini, Iraq telah dibahagikan menjadi lima daerah budaya: Kurdi di utara yang berpusat di Arbil, Arab Islam Sunni di tengah sekitar Baghdad, Arab Islam Syiah di selatan yang berpusat di Basra, Assyria, sekelompok orang Kristian yang tinggal di berbagai kota di utara, dan Arab Rawa, sekelompok orang yang berpindah-pindah, yang tinggal di daerah berawa-rawa di sungai tengah. Pasar dan barter adalah bentung perdagangan yang lazim mereka lakukan.

Muzik

Rencana–rencana utama: Muzik Iraq, Muzik Kurdi, dan Muzik Assyria

Iraq dikenali terutama kerana alatan muziknya yang disebut oud (mirip dengan lute) dan rebab; bintang-bintangnya termasuk Ahmed Mukhtar dan Munir Bashir, seorang Assyria. Hingga kejatuhan Saddam Hussein, stesen radio yang paling popular di Iraq adalah "Suara Pemuda". Stesen ini memainkan campuran muzik rock barat, hip hop dan muzik pop, yang kebanyakannya diimport dari Jordan kerana adanya sanksi ekonomi antarabangsa. Iraq juga memproduksikan seorang bintang pop pan-Arab penting yang hidup di pengasingan iaitu Kazem al Saher, yang lagu-lagunya mencakupi Ladghat E-Hayya, yang dilarang kerana kata-katanya yang terlalu kasar dan kurang menyenangkan.

Berkaitan