Iron_Cross

Iron Cross (Bahasa Jerman: Eisernes Kreuz | Bahasa Melayu: Salib Besi) merupakan pingat kebesaran tentera Jerman yang paling terkenal. Ia telah dizahirkan pada tahun 1813 dan sejak itu ia dianugerahkan dalam setiap peperangan. Semasa Perang Dunia Kedua, terdapat lima darjah melalui Knight Cross (Bahasa Jerman: Ritter Kreuz) atau Salib Kesatria. Pingat ini adalah satu simbol salib yang biasanya dalam warna hitam dengan bentuk tepi berwarna putih atau perak yang berasal dari tahun 1219 apabila Kingdom of Jerusalem (Kerajaan Baitulmuqaddis) memberikan Teutonic Order (Golongan Teutonik iaitu pasukan kesatria zaman pertengahan Jerman) kebenaran untuk menggabungkan Black Cross (Salib Hitam) Teutonik diatas Cross of Jerusalem (Salib Baitulmuqaddis} yang berwarna perak.Darjah kepahlawanan tentera yang dipanggil Iron Cross ini telah wujud dalam Kerajaan Prusia, dan kemudian dalam Empayar Jerman serta Reich Ketiga, telah dicipta oleh Raja Prusia Frederick William III dan buat pertama kalinya dianugerahkan pada 10 Mac 1813 semasa Perang Napoleon. Iron Cross yang ditauliahkan semula ini juga telah dianugerahkan semasa Perang Perancis-Prusia, Perang Dunia I, dan Perang Dunia II. Iron Cross hanyalah satu pingat kebesaran tentera, namun terdapat orang awam yang menerimanya kerana melakukan kerja-kerja ketenteraan. Dua contoh orang awam ini adalah juruterbang ujian Hanna Reitsch dan Melitta Schenk Grafin von Stauffenberg, yang masing-masing dianugerahkan Iron Cross Kelas 1 dan Kelas 2 disebabkan tugas-tugas mereka sebagai juruterbang semasa Perang Dunia II.Iron Cross telah digunakan sebagai simbol Tentera Darat Jerman dari tahun 1871 hingga Mac/April 1918, apabila ia telah digantikan oleh Greek cross yang ringkas. Iron Cross telah diperkenalkan semula dalam Tentera Darat Jerman pada tahun 1939 dengan satu lambang Swastika ditambah pada tengah silang berserta tahun 1939 diletakkan dihujung bawahnya sewaktu Perang Dunia II. Pada tahun 1956, Iron Cross meneruskan penggunaannya dalam Tentera Jerman, kerana ia menjadi simbol Bundeswehr, angkatan tentera moden Jerman. Rekabentuk tradisional ialah hitam dan bentuk ini digunakan pada kenderaan armor dan pesawat terbang. Satu rekabentuk baru warna biru dan perak digunakan sebagai lambang dalam konteks yang lain.