Iron_Man_(komik)
Iron_Man_(komik)

Iron_Man_(komik)


Iron Man (Anthony Edward "Tony" Stark) ialah seorang adiwira buku komik cereka dalam alam Marvel Comics rekaan pencipta-penyunting Stan Lee, pengarang Larry Lieber, dan pelukis-pelukis Don Heck dan Jack Kirby. Dia julung kali muncul dalam siri komik Tales of Suspense #39 (Mac 1963). Selepas cedera parah dan dipaksa membina senjata pembinasa, Tony Stark sebaliknya mereka sebuah baju perisai yang berkuasa untuk menyelamatkan nyawanya serta membantu melindungi dunia dengan identiti Iron Man. Stark ialah seorang pengusaha kaya-raya dan pencipta genius dan baju perisainya dilengkapi peralatan berteknologi yang membantunya membanteras jenayah.Sepanjang kerjayanya sebagai wira, Iron Man menjadi seorang ahli pasukan adiwira the Avengers, serta juga ditampilkan dalam pelbagai jelmaan siri komik sendirinya. Iron Man pernah diadaptasikan ke dalam filem dan siri TV animasi, lebih-lebih lagi Robert Downey Jr. memegang watak wira ini dalam sebuah filem lakonan hidup pada tahun 2008. Forbes pernah menarafkan Iron Man di kalangan watak cereka yang paling kaya dalam ranking tahunannya.[1] BusinessWeek turut meletakkan Iron Man sebagai antara sepuluh orang watak cereka paling pintar dalam komik Amerika.[2]