Biografi Ishak_Nengah

Beliau dilahirkan di Bota Kanan, Perak, pada 1953. Ishak memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times dari 1972 hingga 1977. Dari 1981 hingga 1985, Ishak berkhidmat sebagai pembantu siaran di Bahagian Melayu, di Perbadanan Penyiaran British (BBC), London, Britain. Beliau kemudiannya, berkhidmat sebagai penyampai berita di stesen televisyen swasta, TV3.[3]

Ishak berkahwin dengan Aishah Ali yang juga bekas wartawan TV3. Pasangan ini dikurniakan tiga anak, Johan (lahir 1979), Ashraf (lahir 1981) dan Iman (lahir 1989). Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat komplikasi barah, pada jam 12.45 tengah hari, 6 Ogos 2018 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ishak sebelum ini dikesan menghidap barah hidung atau atau Nasopharyngeal carcinoma (NPC) pada 2011.[4] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.[5]