Sejarah Ishinomaki,_Miyagi

Bandar ini diasaskan pada 1 April 1933.

Bencana 2011

Kemusnahan di Pelabuhan Ishinomaki akibat bencana tsunami pada Mac 2011.

Bandar Ishinomaki adalah antara yang paling teruk terjejas oleh bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.[1][2] Ombak tsunami setinggi kira-kira 10 meter melanda sejauh 600 meter ke pedalaman dan membinasakan sekitar 80% daripada 700 di pelabuhan pemburu ikan paus di Ayukawa dan daerah Kadonowaki.[3][4] Kira-kira 46% bandar ini ditelenggami oleh tsunami.[5] Setakat Jun 2011, sejumlah 3,097 kematian telah disahkan di Ishinomaki akibat tsunami, dan 2,770 orang lagi hilang.[6] Kira-kira 29,000 penduduk bandar kehilangan tempat tinggal.[7]

Sebuah sekolah rendah di situ, iaitu Sekolah Rendah Okawa binasa sama sekali, 75 daripada 108 pelajar dan 10 daripada 13 guru dan kakitangannya terkorban akibat bencana. Para guru dan pelajar sedang mengosongkan bangunan sekolah lalu dihanyutkan oleh tsunami ketika menaiki jambatan sungai berdekaan. Salah seorang guru yang terselamat itu membunuh diri tidak lama kemudian.[8][9][10][11]

Rujukan

WikiPedia: Ishinomaki,_Miyagi http://www.nytimes.com/interactive/2011/03/13/worl... http://www.stripes.com/news/ishinomaki-residents-r... http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20110419f... http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20110617a... http://www.city.ishinomaki.lg.jp/ http://www.city.ishinomaki.lg.jp/EN/contents.jsp http://www.city.ishinomaki.lg.jp/index.jsp https://archive.is/20120530162636/search.japantime... https://archive.is/20120530162636/search.japantime... https://archive.is/20120530162636/search.japantime...