Islam_di_Laos

Masyarakat Muslim adalah penduduk kecil dalam negara yang kebanyakannya menganut Buddha ini. Orang Islam dapat dilihat di ibu negaranya iaitu Vientiane, yang juga terdapat Masjid Jamek.Penduduk Muslim di sini terlibat dengan perniagaan dan berniaga kedai daging. Komuniti kecil Orang Islam Cham dari Kemboja yang juga pelarian dari tentera Rejim Khmer juga boleh dijumpai di sini. Masyarakat Muslim sini kebanyakannya penduduk bandar.Populasi islam bertumpu sekitar bandar Viantiane.Sekolompok kecil masyarakat muslim juga terdapat di Savannaket dan Luang Prabang.Majoriti Muslim Laos,adalah dari Etnik Cham,sebilangan kecil Kelompok India Muslim,serta Mualaf Berbangsa Lao dan Kitang yang berkahwin dengan Penduduk Muslim.Populasi Muslim adalah sekitar 1,000-5,000 orang di sini..Adherents.com menganggarkan yang masyarakat Muslim adalah lebih kurang 1% daripada bilangan penduduk.