Kerjaya Ismail_Abd_Muttalib

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau telah berkhidmat di Sektor awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pejabat Daerah Jerantut, Pahang selama 2 tahun sebelum bertukar ke Unit Perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di Kuantan Pahang (SUK Pahang). Di SUK Pahang beliau telah menjawat pelbagai jawatan dan tugas di beberapa Unit berlainan dari tahun 1982 hingga 1988. Beliau kemudian berkhidmat di beberapa Jabatan dan Agensi lain di negeri pahang dan menjawat pelbagai Jawatan Penting seperti Pengarah Cawangan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Penolong Pegawai Daerah Maran, Pemangku Pengurus Besar Yayasan Pahang, Timbalan Pengurus besar Yayasan Basmi Kemiskinan dan yang terakhir sebagai Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sebelum membuat keputusan menceburi bidang politik pada tahun 2004.