Legasi Ismail_Marzuki

Marzuki telah disifatkan sebagai "seorang yang mempunyai naluri yang baik untuk muzik",[4] dan juga sebagai "genius"[7] dan "legenda".[8]

Sebilangan besar lagu Marzuki ini telah diterbitkan semula dan dikeluarkan dalam genre yang berbeza, termasuk muzik pop dan keroncong,[9] seperti "Kr. Pasar Gambir dan Stambul Anak Jampang" yang telah dinyanyikan semula oleh Chrisye pada album Dekade dengan susunan oleh Erwin Gutawa.[10] Beberapa lagu-lagu beliau, termasuk "Gugur Bunga", "Melati di Tapal Batas", "Selendang Sutra", "Pahlawan Muda", "Rayuan Pulau Kelapa", dan "Masa Malam", dianggap wajib dan diajar di sekolah-sekolah.[11]

Pada 17 Ogos 1961 Marzuki menerima anugerah Wijaya Kusuma pertama daripada Presiden Suharto.[4] Beliau telah diberi penghormatan selepas kematiannya pada tahun 1968 dengan pembukaan Taman Ismail Marzuki, pusat kebudayaan dan taman di tengah Jakarta.[12] Beliau telah diiktiraf sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada November 2004 oleh pengisytiharan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.[13]

Rujukan

WikiPedia: Ismail_Marzuki http://www.sekolahindonesia.com/sidev/profil/Profi... http://www.thejakartapost.com/news/2002/09/04/ri03... http://www.thejakartapost.com/news/2009/08/30/jubi... http://www.tokohindonesia.com/tokoh/article/294-pa... http://journal.unnes.ac.id/index.php/harmonia/arti... http://www.jakarta.go.id/jakv1/encyclopedia/detail... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p074928325 http://isni.org/isni/0000000063694952 //www.worldcat.org/oclc/298399164 https://books.google.com/books/about/Ismail_Marzuk...