Istana_kota_Rochester
Istana_kota_Rochester

Istana_kota_Rochester

Istana kota Rochester merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Terletak sepanjang Sungai Medway, istana kota Rochester merupakan salah satu istana kota Inggeris yang dibina semula menggunakan batu, dan kerja batu awal ini dilakukan oleh Gundolf, Bishop dari Rochester pada akhir kurun ke sebelas. Terkenal sebagai jurubina struktur batu yang berkebolehan, Gundolf bertanggungjawab bagi Kathedral Lama Rochester, termasuk juga Menara London.Pada tahun 1127, jagaan istana kota ini diserahkan pada Archbishop dari Canterbury, dan kekal di bawah pihak yang sama selama 90 tahun berikutnya. Dalam tempoh ini, Menara Ibu segi empat yang besar dibina menggunakan (Kentish ragstone). Masih kekal dalam bentuk yang agak baik, menara besar ini, sekitar 113 kaki (34.5m) tinggi terdiri dari bilik bawah dan tiga tingkat, tingkat kedua setinggi dua tingkat. Laluan ke Menara Ibu, secara tradisi melalui bangunan hadapan tingkat satu, langkah pertahanan tambahan bagi melindungi bahagian utama Menara Ibu. Di tingkat kedua, di atas laluan masuk istana kota terletak gereja chapel, dan sebahagian ukuran kemewahan asalnya masih kelihatan pada gerbang yang masih ada dan tingkat yangberhias indah. Bilik bawah, bilik gelap digunakan bagi menyimpan barangan, diterangi hanya melalui liang udara kecil. Di tingkat pertama, sungguhpun dengan penekanan utama pada pertahanan, bukti pendiang dan tandas (garderobes) menunjukkan bahawa ie merupakan kawasan penting bagi membuat urusan istana kota. Aspek yang lebih mewah dan terbuka kelihatan di tingkat kedua Menara Ibu, di mana Dewan Besar terletak, dengan Kamar Besar selepasnya - sebelumnya dipercayai merupakan kediaman rasmi archbishop. Sebagaian perincian ukiran mewah masih wujud sekeliling pendiang, pintu dan tingkap yang dapat memberikan gambaran bagaimana indahnya hiasan tingkat ini masa dahulu. Mengelilingi bahagian atas Dewan Besar adalah galeri mural, dengan bukaan tingkap besar. Di atas galeri, bahagian paling atas terdiri dari satu lagi bilik bagus yang memberikan gambaran menarik seberang sungai.Pada awal kurun ke tiga belas, Istana kota Rochester telah dikepung oleh Raja John, menyebabkan kerosakan besar pada sudut selatan Menara Ibu sehingga ia kemudiannya runtuh. Tidak lama selepas itu, istana kota itu di berkan status pertahanan kukuh diraja utama, dan sudut Menara Ibu yang berkecai itu dibina semula dalam bentuk melengkung, dan selanjutnya dilindungi dengan tambahan menara drum. Lebih banyak kerosakan dialami pada tahun 1264 apabila istana kota tersebut dikepung oleh tentera Simon de Montfort, tetapi pembaikian tidak dijalankan sehingga lebih 100 tahun. dalam tempoh pengabaian ini, apabila struktur terdedah pada alam, Istana kota Rochester mula terabai menjadi runtuhan. Bagaimanapun Raja Edward III melaksanakan program pembinaan dan pemulihan utama pada bahagian kedua kurun ke empat belas dan istana kota ini sekali lagi menjadi kota yang kukuh.Sepanjang kurun ke enam belas istana kota ini menjadi terabai, strukturnya menjad lemah, Menara Ibu terbakar, dan akhirnya tapak ini digunakan sebagai kuari oleh penduduk tempatan sebagai bahan binaan. Pada tahun 1610 Raja James menyerahkan Istana kota Rochester kepada Sir Anthony Weldon, dan ia kekal dalam keluarga yang sama sehingga 1884 disebalik cubaan pada akhir kurun ke lapan belas untuk meruntuhkan keseluruhan istana kota tersebut. Majlis Perbandaran Bandar Rochester memajak tapak istana kota tersebut pada tahun 1870 untuk menukar kawasan tersebut sebagai taman awam, dan akhirnya membeli tanah tersebut dari keluarga Weldon. Menjelang pertengahan 1960-an, tanggung jawab bagi istana kota tersebut diamanahkan pada Negeri untuk menjamin pengekalannya bagi generasi masa hadapan.Pada hari ini, Menera Ibu istana kota atau ‘menara besar’ tersergam sebagai peringatan megah mengenai sejarah yang mengelilingi bandar lama Rochester, dengan kathederal Normannya yang cantik, dan jalan susunan batu yang tersendiri menggambarkan pengaruh Dickensian.