Istanbul
Istanbul

Istanbul

Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sahIstanbul (B. Turki: İstanbul, B. Greek: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis) ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Golden Horn (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini. Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrace) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza: Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.Menurut banci 2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Anggaran banci pada 20 Julai 2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagai Ibu Negara Kesenian Eropah pada 2010 (bersama Pécs, Hungary dan Essen, Jerman).

Rujukan

WikiPedia: Istanbul http://www.aboutturkey.com/turkey/Istanbul_Turkey.... http://fz-az.fotopages.com/?entry=507633 http://kvaleberg.com/extensions/mapsources/index.p... http://www.lonelyplanet.com/worldguide/destination... http://www.pbase.com/dosseman/archaeological_museu... http://www.voanews.com/english/archive/2005-09/200... http://www.wowturkey.com/forum/viewtopic.php?t=292... http://www.goruma.de/staedte_der_welt/istanbul.htm... http://www2.arch.uiuc.edu/research/rgouster/ http://archive.is/20130630172436/http://www.world-...