Sinopsis Isteriku_Mem_Besar

Mengisahkan tentang Azizi dan Maziah, pasangan yang telah lama berkahwin namun hubungan mereka menjadi dingin disebabkan perbezaan persepektif. Azizi yang penat bekerja di kota besar mahu pulang ke kampung dan bersara dengan aman bersama keluarga.

Manakala keluarganya, yang diketuai si isteri Maziah tidak bersetuju dengan alasan gaya hidup mereka yang elegan kurang sesuai untuk kehidupan kampung. Azizi cuba mencari ketenangan namun terpalit dengan beberapa aksi lucu dalam mengekalkan hubungan bersama isteri dan keluarganya.