Istinggar
Istinggar

Istinggar

Istinggar atau senapang kancing sumbu (bahasa Inggeris: matchlock) ialah istilah umum bagi senjata api lama yang berasaskan mekanisme sumbu api. Telah ada di Tanah Melayu sebelum Portugis menjajah Melaka, istinggar juga ialah kata pinjaman daripada bahasa Portugis iaitu espingarda. Istinggar juga ialah pemula pengenalan senjata api tangan di Tanah Melayu[perlu rujukan] selain daripada senjata api seperti meriam atau lela yang telah awal diperkenalkan oleh pedagang-pedagang dari Timur Tengah mahupun China.