Sosioekonomi Isu_berkaitan_pandemik_COVID-19_di_Malaysia

Isu 'kluster kayangan'

'Kluster kayangan' merujuk kepada golongan taraf hidup atasan Malaysia yang pulang daripada luar negara dan tidak menghormati SOP yang ditetapkan kerajaan Malaysia ketika PKP, termasuk tidak menghormati para petugas yang bertanggungjawab dalam melaksanaan tugas-tugas berkaitan PKP, dan mula tular sejak awal April 2020.[71]

Pemberian bantuan kepada para selebriti

Pada awal penguatkuasaan PKP (Mac 2020), sebuah isu timbul apabila para selebitri dan penggiat seni tanah air memohon bantuan kewangan daripada pihak kerajaan, yakni Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) susulan perintah tersebut.[72] Hal ini terbit daripada pendapat sesetengah rakyat yang mendakwa para artis sepatutnya tidak begitu terkesan akibat PKP berikutan stereotaip terhadap taraf hidup para artis yang sering digambarkan sebagai berkehidupan mewah.[73] Sebagai tindak balas, beberapa orang artis tampil memberi penjelasan dengan menyatakan bahawa PKP telah memutuskan pendapatan utama para penggiat seni dengan menghalang penganjuran acara-acara hiburan seperti konsert, dan bukan semua selebriti yang dapat menikmati kehidupan mewah seperti yang disangkakan.[73][74]

Rujukan

WikiPedia: Isu_berkaitan_pandemik_COVID-19_di_Malaysia http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://enotifikasi.moh.gov.my/DMS/Documentation/CD... https://www.abc.net.au/news/2021-01-14/malaysia-co... https://coconuts.co/kl/news/fck-politics-banner-in... https://coconuts.co/kl/news/politicianspuncavirus-... https://www.asiasentinel.com/p/malaysia-fades-in-c... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kitamin... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemuda-...