It's_Oh_So_Quiet
It's_Oh_So_Quiet

It's_Oh_So_Quiet

"It's Oh So Quiet" ialah single ketiga yang dikeluarkan daripada album Björk yang kedua, Post. Lagu ini merupakan lagu kulit daripada lagu asal yang bertajuk "Blow A Fuse", didendangkan oleh Betty Hutton serta ditulis oleh Hans Lang dan Bert Reisfeld. Single ini telah diterbitkan oleh Björk dan Nellee Hooper. Lagu "It's Oh So Quiet" telah menjadi lagu Björk yang paling hebat, dengan kejayaan lagu ini mencapai kedudukan nombor 4 dalam Carta Single UK. Semenjak lagu ini dilancarkan pada 13 November 1995, lagu ini telah mendapat penyiaran dalam jumlah yang ketara di setiap stesen radio di UK, lalu menyebabkan single ini dianggap sebagai lagu Krismas. Hal ini mungkin disebabkan oleh single ini dilancarkan dan memasuki carta pada musim Krismas 1995.

It's_Oh_So_Quiet

Dikeluarkan pada 13 November, 1995
Penerbit Björk
Nellee Hooper
Penulis Hans Lang
Bert Reisfeld
Sisi B "Sweet Sweet Intuition" (Remix eksklusif)
"My Spine"
"I Go Humble"
"Charlene"
"You've Been Flirting Again" (Mix Flirt Is A Promise)
"Hyperballad" (Mix Over The Edge)
"Hyperballad" (Versi kuartet Brodsky)
"Hyperballad" (Mix Girls Blouse)
"You've Been Flirting Again" (Versi Bahasa Iceland)
Kulit lain
"Isobel"
(1995)
"It's Oh So Quiet"
(1995)
"Hyperballad"
(1996)
Kulit lain
Cakera padat Eropah / UK 2
Cakera padat promo AS
VHS + set cakera padat VHS
Format CD, kaset
Panjang 3:41
Genre Muzikal
Big Band
Jazz
Syarikat One Little Indian