Izi_Yahya

Izi Yahya merupakan seorang pelakon dan dramatis yang cukup terkenal dengan lakonannya sebagai penjahat dengan watak negatif dan antagonis. Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana beliau merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A. Rahim.Beliau telah meninggal dunia pada hari 25 Jun 2007 di Hospital Johor Bahru pada jam 10.30 pagi akibat sakit jantung. [1]Sepanjang kerjayanya dalam bidang seni, beliau telah menggegarkan industri perfileman termasuk melakonkan watak tentera Jepun bernama Lieutenant Akaishi yang cuba memperkosa Embun (Umi Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002. Beliau turut berlakon dalam banyak drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.Meninggal dunia pada 25 Jun 2007 setelah jatuh semasa penggambaran, doktor mengesahkan beliau meninggal akibat sakit jantung.Jenazah Izi telah dibawa balik ke rumah keluarganya di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di perkuburan Islam Ulu Klang.

Izi_Yahya

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang, Selangor
Pekerjaan pelakon
Ibu bapa Yahya Mat Samah
Pasangan Suraya Abdullah
Tahun aktif 1984 - 2007
Anak Muhammad Zizi
Meninggal dunia Jun 2007 (berumur 41–42)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor
Warganegara Malaysia
Sebab kematian Serangan jantung
Kelahiran Rafizi Yahya
1965
Kuala Lumpur, Selangor (ketika itu) Malaysia