Mejar
John Frederick Adolphus McNair adalah seorang pegawai British yang menjadi salah seorang pentadbir awal di negeri-negeri Melayu yang ditadbir oleh pihak British selepas campur tangan mereka bermula tahun 1874. Mejar John Frederick Adolphus McNair dilahirkan di
Bath dalam tahun 1828, anak sulung kepada Major Robert McNair, seorang pegawai staf (tentera) di
London. Mejar McNair menerima pendidikan di
King's College dan di Royal School of Mines,
London (kini Royal College of Science). Mejar McNair menyertai pasukan
Madras Royal Artillery dalam tahun
1845. Dalam tahun-tahun 1865 hingga
1867, Mejar Mcnari menjadi Timbalan Gabenor di Penjara Woking menyelia kerja-kerja pembinaan awam. Major John Frederick Adolphus McNair berkhidmat sebagai seorang Jurutera Kolonial (Colonial Engineer) di Singapura bermula tahun 1867. Mejar John Frederick Adolphus McNair juga adalah Pengawal Banduan (Comptroller of Convicts) di
Negeri-Negeri Selat dalam tahun-tahun
1857 hingga
1877. Dalam tahun
1857, Mejar McNair juga menjadi Setiausaha peribadi kepada Gabenor
Negeri-Negeri Selat. Di dalam jawatan ini, Mejar McNair menggunakan tenaga kerahan banduan untuk projek pembangunan awam di Singapura, termasuklah pembinaan bangunan yang kini dipanggil
Istana Singapura. Dalam tahun
1872, McNair mengetuai
Jabatan Kerja Raya (Public Works Department). Mejar McNair membuat reka bentuk dan seterusnya menyelia pembangunan
Istana Singapura. Bangunan lain yang dibina oleh Mejar McNair adalah bangunan Empress Place, Gereja St. Andrews dan Sekolah Tao Nan.Selepas pembunuhan
J.W.W. Birch dalam tahun
1875, Mejar McNair dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya di
Perak. Mejar McNair juga menjadi Pemangku Leftenan Gabenor
Pulau Pinang dalam tahun-tahun 1881-1884 dan Ahli Majlis di
Pulau Pinang .Mejar McNair bersara tahun
1884 dan meninggal dunia dalam tahun
1910. Mejar McNair menulis dua buah buku, Perak & the Malays : Sarong and Kris dalam tahun
1878, edisi digital boleh diperolehi di sini
dan Prisoners Their Own Warders (1899).