Sejarah JB_(penyanyi)

Sebelum debut

Pada tahun 2011, JB telah berlakon dalam drama bersiri Dream High 2 sebagai JB atau Jang Woo-jae. Drama itu juga dibarisi pelakon seperti Kang Sora, Jin Woon, Park Ji-yeon, Hyorin dan Park Seo-joon.[1] Ia akan ditayangkan pada 30 Januari 2012 di saluran Sistem Penyiaran Korea (KBS).[2]

Pada 3 Februari 2012, telah didedahkan bahawa JB dan Jr. akan muncul sebagai sebuah kumpulan duo iaitu J&J yang berkemungkinan pada separuh kedua tahun 2012. Penampilan terkini mereka dalam Dream High 2 telah meletakkan mereka pada fokus media dan ini membolehkan mereka membuat penampilan sulung secara rasmi dalam aktiviti nyanyian mereka.[3] Pada 12 Mac 2012, beliau telah melancarkan lagu OST untuk drama Dream High 2 iaitu "Together" (Bersama) dengan Ji-yeon[4] dan "New Dreaming" (Impian Baru) bersama dengan Park Seo-joon.[5]