Menu
Jaafar Shah KerjayaDengan berbekalkan bakat dan wajah yang tampan, beliau telah berjaya dalam uji bakat di Studio Jalan Ampas untuk filem tarzan yang berjudul Rimba bersama seniman M. Shariff atau lebih dikenali dengan nama Shariff Dol. Namun begitu filem Rimba dipercayai tidak berjaya dihasilkan dan beliau ditawarkan peranan penjahat/kru di dalam filem Manusia di samping Kasma Booty dan Omar Rojik. Peluang berlakon di samping primadona filem Melayu Kasma Booty merupakan batu loncatan buat beliau untuk dikenali oleh peminat filem Melayu.
Namun begitu, kelibat beliau kini hanya dapat di tonton menerusi filem Aladdin sahaja kerana filem Manusia dan Shorga Dunia telah pupus. Beliau pernah menyatakan hasrat untuk memegang peranan baik di dalam filem seterusnya.
Lakonan berkesan beliau dalam filem Manusia telah menaikkan popularitinya sebagai pelakon penjahat. Gaya lakonan watak jahat yang dibawanya telah berjaya menimbulkan kebencian para penonton zaman itu.
Menu
Jaafar Shah KerjayaBerkaitan
Jaafar Onn Jaafar bin Haji Muhammad Jaafar Taib Jaafar O Jaafar Shah Jaafar Abdul Rahim Jaafar Hassan Jaafar Wiryo Jaafar Abdul Wahid Jaafar OsmanRujukan
WikiPedia: Jaafar Shah https://www.youtube.com/watch?v=dPWVpbH1AlI https://www.facebook.com/RepairGambarLama/posts/14... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised...