Sejarah Jabatan_Kebudayaan_dan_Kesenian_Negara

JKKN bermula sebagai Bahagian Kebudayaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953. Kemudian pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan. Seterusnya, pada tahun 1972 Bahagian Kebudayaan dipindah ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tahun 1987 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Tahun 1992 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Tahun 2004 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)

22 Mac 2005 Di naik taraf kepada JKKN ( Waran bil. S20 Tahun 2005)

1 Feb 2007 Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan , penyelidikan dan pembangunan ( waran bil.S40 tahun 2007)

18 Mac 2008 JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW)

April 2009 JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Mulai 15 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.[2]