Jabatan_Pendakwaan_Syariah_Wilayah_Persekutuan

Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Tulisan Jawi: جابتن ڤندعواان شرعية ولايه ڤرسكوتوان) telah ditubuhkan pada 1 November 2016.[1] Penubuhan tersebut adalah hasil Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 21 Julai 2014 yang bersetuju dengan cadangan pengasingan dan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.Sesungguhnya, idea asal penubuhan jabatan ini bermula apabila Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak menyatakan hasratnya di dalam Mesyuarat Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali Ke-51 pada 25 Mei 2010 supaya bahagian pendakwaan syariah di jabatan agama islam negeri-negeri dijadikan sebuah jabatan tersendiri dan berasingan daripada jabatan agama islam negeri-negeri.Seawal penubuhannya, sebanyak 36 jawatan telah diperuntukkan sebagaimana yang disenaraikan di dalam Waran Perjawatan Bil.A 277 Tahun 2016 termasuk 3 jawatan di cawangan Labuan. Japens WP diketuai oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Deris selaku Pengarah merangkap Ketua Pendakwa Syarie bagi Wilayah Persekutuan.

Jabatan_Pendakwaan_Syariah_Wilayah_Persekutuan

Eksekutif Kerajaan
  • , Ketua Pengarah
Agensi induk Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Ibu pejabat Kuala Lumpur
Dibentuk 1 November 2016; 3 tahun yang lalu (2016-11-01)
Belanjawan tahunan MYR 3,426,900 (2018)
Kakitangan 36 (2018)
Jenis Kerajaan