Jabatan_Standard_Malaysia

Jabatan Standard Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ستندرد مليسيا) merupakan Badan Standard Kebangsaan dan Badan Akreditasi Kebangsaan, memberi keyakinan penuh kepada pihak yang berkepentingan, menerusi perkhidmatan standardisasi dan akreditasi yang boleh dipercayai untuk persaingan global. Ditubuhkan pada 28 Ogos 1996, Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) adalah sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sejak bertahun-tahun, STANDARDS MALAYSIA menjalankan peranan berkanun dalam standardisasi dan akreditasi dan dalam melaksanakan tugas dan fungsinya, ditadbir oleh Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549).[1]