Kerjaya Jackie_Shroff

Pada tahun 1982, Shroff membuat lakonan pertamanya dalam filem Dev Anand[5], Swami Dada. Pada 1983, Subhash Ghai mengambilnya sebagai peranan utama dalam filem, Hero, 1983, dipasangkan bersama Meenakshi Seshadri. Filem itu berjaya. Dia terus berlakon dalam filem Subhash Ghai, tanpa mengira sebarang peranan yang ditawarkan. Selepas Hero, dia berlakon dalam beberapa filem, antaranya adalah filem Andar Baahar. Jaanoo dan Yudh mencapai kejayaan. Pada tahun 1986 dia berlakon dalam Karma, 1986 yang menjadi filem tertinggi jualan kasar bagi tahun 1986. Filem berikutnya yang ditayangkan adalah Kaash. Filem berikutnya, seperti Dehleez dan Sachche Ka Bol Bala merupakan filem dipuji meluas tetapi gagal memecah panggung.

Penyertaan Majlis Anugerah

Jackie terbabit dalam Anugerah Filem Emas Hiru 2016 di Sri Lanka sebagai jemputan khas bersama pelakon Bollywood seperti Sunil Shetty, Neil Nitin Mukesh, dan pelakon wanita Sridevi, Madhuri Dixit dan Karishma Kapoor.[6]

Rujukan

WikiPedia: Jackie_Shroff http://www.gqindia.com/content/2014-gq-men-year-aw... http://www.imdb.com/name/nm0006763/ http://indianexpress.com/article/entertainment/bol... http://indianexpress.com/article/entertainment/bol... http://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/b... http://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/h... http://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/h... http://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/h... http://www.masala.com/jackie-shroff-shoots-for-sar... http://us.startv.com/recaps/indias-magic-star-reca...