Jacques_Cartier
Jacques_Cartier

Jacques_Cartier

Jacques Cartier (31 Disember 1491 – 1 September 1557), dibaptiskan Jakez Karter) merupakan penjelajah yang dianggap sebagai penemu utama untuk Kanada. Pada tahun 2005, karyanya Bref récit et succincte narration de la navigation faite en MDXXXV et MDXXXVI telah digelarkan sebagai buku yang paling mustahak dalam sejarah Kanada oleh "Ulasan Sastera Kanada" (Literary Review of Canada).Cartier dilahirkan di Saint-Malo, sebuah perkampungan desa yang kecil di duchy Brittany yang kemudiannya digabungkan ke dalam Perancis pada tahun 1532. Berasal daripada sebuah keluarga pelaut yang bereputasi baik, beliau membaiki lagi taraf sosialnya pada tahun 1520 melalui perkahwinannya dengan Catherine des Granches, seorang daripada keluarga pemilik kapal yang utama. Nama baiknya di Saint-Malo dapat diperlihatkan daripada namanya yang kerap termuncul sebagai ayah pembaptisan atau saksi dalam daftar pembaptisan.