Jadis
Jadis

Jadis

Jadis si Penyihir Putih merupakan watak jahat utama bagi Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, yang mula diterbitkan oleh C. S. Lewis bagi siri Riwayat Narnia. Bagindalah penzalim yang telah mengambil alih kuasa ke atas Narnia. Penyihir Putih telah menjadikan Narnia dalam keadaan musi sejuk yang berpanjangan ketika pemerintahannya, yakni ketika permulaan buku tersebut, ia telah pun berlarutan buat seratus tahun. (hinggakan, tajuk lain bagi buku tersebut adalah Musim Sejuk Seratus Tahun). Walaupun musim sejuk berpanjangan, namun Krismas tidak pernah disambut. Ketika pemerintahan baginda, Penyihir Putih digelar Baginda Tuanku Jadis, Permaisuri Narnia, Penguasa Cair Paravel, Maharani Kepulauan Lone, dll. Seperti nama Aslan, namanya terbit dari Bahasa Turki iaitu "cadı," (IPA [dʒɑˈdɯ]) bermaksud ahli sihir.Dalam filem 2005 terbitan Walt Disney Pictures iaitu "The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe," watak Penyihir Putih dilakonkan oleh pelakon British iaitu Tilda Swinton. Watak ini juga dilakonkan oleh Barbara Kellerman dalam siri TV BBC 1988.