Pengenalan Jadual_berkala

Terdapat 117 unsur kimia yang diketahui pada masa kini. Jadual Berkala Unsur membolehkan kita mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur dengan lebih sistematik dan lebih mudah.

Di dalam Jadual berkala dinyatakan:

Dalam Jadual Berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik secara mengufuk. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus mengufuk dipanggil kala.

Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama, iaitu mempunyai sifat-sifat kimia yang sama, disusun dalam kumpulan yang sama.

Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifat-sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan.

Jadual Berkala mengandungi lapan kumpulan iaitu:

Antara Kumpulan II dan Kumpulan III iaitu terletak di tengah-tengah Jadual Berkala, terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan.

Jadual Berkala mempunyai 7 kala iaitu dari Kala 1 hingga Kala 7. Kala menunjukkan jumlah petala elektron dalam atom unsur. Kala 1 (1 petala elektron) mengandungi 2 unsur iaitu Hidrogen (H) dan Helium (He). Kala 2 dan 3 masing-masing mempunyai 8 unsur. Kala 4 dan 5 mempunyai 18 unsur manakala Kala 6 mempunyai 32 unsur. Kala 7 mempunyai hanya 23 unsur.