Jagat_(filem)

Myskills FoundationJagat (Tamil: ஐகாட், slanga diambil dari perkataan jahat) ialah filem drama jenayah Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2015.[4][5] diarahkan oleh Shanjhey Kumar Perumal. Filem ini mengisahkan kisah masa lalu yang mendalam menggariskan nasib rakyat India Malaysia yang ditinggalkan oleh pemilik tanah dan terpaksa berpindah ke bandar-bandar, yang masih hidup dalam keadaan yang sukar. Filem ini berkisarkan seorang budak berusia 12 tahun yang bernama Appoy dan hubungan dengan bapanya, Maniam, serta kedua-dua bapa saudaranya iaitu bekas penagih dadah Bala dan samseng tempatan Dorai. Perumal telah menggambarkan filem ini separa autobiografi, setelah tinggal dua tahun di kawasan setinggan dengan keluarganya.[6] Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 pada 2016, manakala pengarah Shanjhey Kumar memenangi anugerah Pengarah Terbaik.[7] Filem ini juga mewakili Malaysia di Festival Filem Asia 2017[8]

Jagat_(filem)

Bahasa Tamil
Muzik oleh Space Gambus Experiment[2]
Disunting oleh Kumarann Arumugam
Pengarah Shanjhey Kumar Perumal[1]
Penulis Shanjhey Kumar Perumal
Penerbit Datuk Seri A. Anandan (AG Statue & Silverware)

Myskills Foundation

Skyzen Studios
Mageswari Anandan
Mula ditayangkan 17 Disember 2015 (2015-12-17)
Syarikatpenerbitan
Skyzen Studios
Sinematografi Senthil Kumaran Muniandy
Tempoh tayangan 90 minit
Dibintangi oleh Jibrail Rajhula
Harvind Raj
Kuben Mahadevan
Tinesh Sarathi Krishnan
Senthil Kumaran Muniandy
Negara Malaysia
Pengedar Skyzen Studios
Perbelanjaan RM300,000[3]