Kerjaya Jaja_Iliyes

Kerjaya Jaja dalam bidang lakonan bermula melalui uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan pada 2016 apabila seorang sahabatnya meminta beliau menyertai uji bakat tersebut.[6] Selepas beliau berjaya dalam pertandingan tersebut, banyak tawaran lakonan mula diterima. Beliau membintangi telefilem pertama lakonan beliau, Seutas Gelang Emas dan sebagai watak pembantu dalam Cikgu Dina Pakai Prada dan beberapa buah drama seperti 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku.

Selepas kejayaan drama lakonan beliau seperti drama 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku yang mula ditayangkan di TV3, Jaja mula mendapat tumpuan para peminat drama tempatan.[7]

Pada 27 Mac 2017, Jaja telah membintangi sebuah telefilem terbitan Zambriez Golden Pictures yang bertajuk Kerongsang menampilkan artis terkenal seperti Syafie Naswip, Saidi Sabri dan ramai lagi. Ia bersiaran di TV9.

Dalam tahun 2018, Jaja telah membintangi drama Budak Boys lakonan bersama Nafiz Muaz dan Shuhanty Hanafiah serta drama Papa Nak Menantu lakonan bersama Hafidz Roshdi dan Aman Graseka.