Jam_berdenting
Jam_berdenting

Jam_berdenting

Jam berdenting ialah sejenis jam yang membunyikan genap jam pada loceng atau gong. Bagi dentingan 12 jam yang paling lazim terdapat pada jam berdenting masa kini, jam berdenting sekali pada pukul satu, dua kali pada pukul dua, dan sebagainya hinggalah dua belas kali pada pukul dua belas.Ciri jam yang berdenting ini asalnya lebih penting daripada permukaan jam, kerana jam zaman dahulu sesungguhnya membunyikan waktu, tetapi ketiadaan permukaan untuk dibaca.[1] Perkembangan jam mekanik di Eropah didorong oleh perlunya membunyikan jam mengikut waktu-waktu bersembahyang. Jam mekanik terawal yang diketahui berupa jam berdenting gergasi yang dipasang dalam menara-menara biara atau dataran awam supaya gentanya boleh didengari dari jauh. Jam berdenting biasanya mempunyai dua pawai gear, kerana jam berdenting memerlukan pawai pendenting yang mengendalikan mekanisme yang membunyikan genta selain pawai penjaga masa yang mengukur peredaran masa.