Jambatan_Suramadu
Jambatan_Suramadu

Jambatan_Suramadu

Jambatan Nasional Suramadu adalah jambatan yang melintasi Selat Madura, menghubungkan Pulau Jawa (di Surabaya) dengan Pulau Madura (di Bangkalan, tepatnya timur Kamal), Indonesia. Panjangnya 5.438 m, merupakan jambatan terpanjang di Indonesia . Jambatan Suramadu terdiri dari tiga iaitu jalan layang (causeway), jambatan penghubung (approach bridge), dan jambatan utama (main bridge).Kerja pembangunan tanah dirasmikan oleh Presiden Megawati Soekarnoputri pada 20 Ogos 2003 . Apabila siap dan boleh digunakan, ia dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada 10 Jun 2009[2]. Pembangunan jambatan ini bagi mempercepat pembangunan di Pulau Madura, meliputi bidang infrastruktur dan ekonomi di Madura, yang relatif tertinggal dibandingkan kawasan lain di Jawa Timur. Kos jambatan ini adalah 4,5 triliun rupiah. Pembinaan jambatan ini dilakukan dari tiga sisi, baik sisi Bangkalan maupun sisi Surabaya. Sementara itu, secara bersamaan juga dilakukan pembangunan bentang tengah yang terdiri dari main bridge dan approach bridge.

Jambatan_Suramadu

Tinggi 146 meter (479 ka)
Rentangan terpanjang 434 meter (1,424 ka)
Panjang keseluruhan 5,438 meter (17,841 ka)
Kelegaan di atas 35 meter (115 ka)
Lebar 30 meter (98 ka)
Bilangan rentangan 2 (jambatan utama)
6 (keseluruhan)
Menyeberangi Selat Madura
Mula dibina 20 Ogos 2003
Tol Rp. 35.000,00 (roda 4)
Rp. 3.000,00 (roda 2)[1]
Dibuka 10 Jun 2009
Lokasi Jawa Timur
Membawa 8 lajur
Reka bentuk Cable stayed
Nama rasmi jambatan Nasional Suramadu
Diselenggara oleh PT Jasa Marga (sementara)