Khasiat Jambu_batu

Kandungan

Makanan

Buah yang masak dimakan mentah; isi lembut dan berbau wangi dibuat jem, jeli, jus, kordial, kek, pai, sup dan manisan. Isi atau just ditinkan atau dijadikan serbuk. Daun jambu batu boleh digunakan sebagai ganti daun teh.

Perubatan

Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat jika diamalkan setiap hari seperti menghilangkan rasa mual semasa mengandung, menurunkan paras kolesterol dalam darah[perlu rujukan], menurunkan paras gula dalam darah[perlu rujukan], mengurangkan berat badan[perlu rujukan], mengawal tekanan darah, membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat, mampu menaikkan sel darah putih dan merah[perlu rujukan], meningkatkan kadar sistem metabolisme, membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit, dan sebagai ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser[perlu rujukan], immuniti[perlu rujukan]).