James_Callaghan
James_Callaghan

James_Callaghan


Leonard James Callaghan, Baron Callaghan dari Cardiff (27 Mac 191226 Mac 2005) ialah Perdana Menteri United Kingdom Parti Buruh dari tahun 1976 hingga 1979. Beliau biasa dikenali sebagai James, disingkatkan menjadi Jim, dan diberikan nama samaran 'Sunny Jim' ('Jim Riang') atau 'Big Jim' ('Jim Besar'). Callaghan merupakan tokoh yang tunggal untuk menyandang keempat-empat Jawatan Agung Negara United Kingdom, iaitu Perdana Menteri, Canselor Exchequer, Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, dan Menteri Luar Negeri.