James_Richardson_Logan

James Richardson Logan (lahir 10 April 1819 Berwickshire, Scotland, meninggal dunia pada 20 Oktober 1869 Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat ) adalah seorang peguam yang mempopularkan nama Indonesia setelah dicipta oleh ahli etnologi Inggeris George Windsor Earl [1][2][3]. James merupakan seorang pengarang Gazette Pulau Pinang dan bekas pelajar Earl dalam tahun 1850 yang menerbitkan istilah 'Indu-nesians' untuk menggambarkan orang-orang di rantau ini. [4] Dalam tahun 1847, semasa tinggal di Singapura, Logan mengasaskan majalah berkala, Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asian, dan kedua-duanya telah disunting dan disumbang olehnya sehingga 1862. [5]Mayat Logan dikebumikan di Tanah Perkuburan Protestan Lama di George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Arca patung marmar untuk memperingati beliau berada dihadapan bangunan Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang di Lebuh Light.[6] Jalan Logan diberi sempena namanya. [7].