Kematian Jamil_Sulong

Beliau mula dimasukkan ke sebuah hospital pada 28 Ogos 2014 akibat angin ahmar. Setelah beberapa minggu dilaporkan koma, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Bukit Utama, Damansara pada 25 September 2014. Jenazah beliau dimandikan dan dikafankan selepas sesi solat jumaat di Masjid Al-Ghufran, Pengiran Taman Tun Dr. Ismail pada 26 September 2014. Seramai 200 jemaah turut serta menyempurnakan solat jenazah, termasuklah rakan rapatnya iaitu Erma Fatima, Aziz M. Osman, Bade Haji Azmi, dan Harun Salim Bachik.[3] Seterusnya, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Pahang.[2][4]