Jan_Hus

Jan Hus ([yan hus]; sekitar 1369 – 6 Julai 1415) merupakan seorang ahli agama, paderi dan filsuf berbangsa Czech yang merupakan dekan dan rektor[1] Universiti Karlova di Praha. Ajaran bawaannya menjadi pencetus kepada Hussitisme iaitu suatu duluan penting kepada Protestantisme serta tokoh penting dalam Reformasi Bohemia.Beliau dihukum bakar pada 1415 atas dakwaan menyebarkan ajaran sesat menentang doktrin Gereja Katolik Rom. Berikutan kejadian tersebut, para pengikutnya memberontak menentang raja-raja Katolik mereka sehingga bertarung dalam lima perang salibi berturut-turut antara 1420 dan 1431 yang kini dikenali sebagai Perang Hus.[2]