Jane_Austen
Jane_Austen

Jane_Austen

Jane Austen (16 Disember 177518 Julai 1817) merupakan penulis novel Inggeris terkenal yang hasil karyanya dianggap sebagai sebahagian daripada daftar karya Barat. Pemahamannya kedalam kehidupan wanita dan kemahirannya dalam bentuk dan ironi bolehlah dikatakan menjadikannya sebagai penulis novel yang terkemuka dan berpengaruh pada zamannya.Novel Austen masih dibaca secara meluas oleh orang biasa untuk hiburan. Pada hari ini, karyanya telah diajari di universiti dan merupakan salah satu perkara utama dalam penyelidikan terpelajar dan kritis. Beberapa karyanya yang beliau tidak dihabiskan juga telah diterbit, tetapi hanya untuk keluarganya yang masih hidup pada masa itu.