Filemografi Jane_Austen

Dalam budaya popular, novel-novel Austen telah dipadankan untuk banyak filem dan siri televisyen yang amat berbeza dari segi ketepatan kepada jalan cerita asli:

  • Pride and Prejudice merupakan karyanya yang paling kerap dipadankan, dengan enam buah filem, serta lima siri televisyen BBC. Filem yang terkini ialah padanan 2005 yang diarahkan oleh Joe Wright, dan dibintangi oleh Keira Knightley, Donald Sutherland, Matthew Macfadyen, dan Dame Judi Dench, serta padanan Bollywood 2004, yang bertajuk Bride & Prejudice.
  • Emma telah dipadankan sebanyak lima kali:
    • sebuah filem 1932 yang dibintangi oleh Marie Dressler dan Jean Hersholt;
    • versi televisyen British pada 1972;
    • Clueless, sebuah filem remaja 1995;
    • sebuah filem yang dibintangi oleh Gwyneth Paltrow dan Jeremy Northam pada 1996; dan
    • dalam televisyen British yang dibintangi oleh Kate Beckinsale pada 1996.
  • empat buah filem, Sense and Sensibility, telah diterbitkan, termasuk versi 1995 yang diarahkan oleh Ang Lee dan dibintangi oleh Kate Winslet dan Emma Thompson (yang memenangi Anugerah Akademi untuk Drama Padanan Terbaik.)
  • Persuasion telah dipadankan untuk dua siri televisyen dan sebuah filem cetera.

Jane Austen di Manhattan, sebuah filem 1980 mengenai pesaing-pesaing syarikat filem yang ingin menerbitkan Sir Charles Grandison, sebuah drama tunggal Austen yang baru-baru ditemui pada tahun tersebut.