Biografi Janet_Jackson

Awal hidup, dalam The Jackson 5ive

Janet Jackson lahir pada 16 Mei 1966 di Gary, Indiana, beliau merupakan anak bongsu daripada sepuluh adik-beradik kepada Katherine Esther Scruse dan Joseph Walter Jackson.[5] Abang-abangnya mula bergiat sebagai kumpulan the Jackson 5 pada usia muda; apabila mereka mendapat kontrak rakaman bersama Motown pada bulan Mac 1969, keluarga mereka berpindah ke kawasan kejiranan Encino di Los Angeles.[5] Janet pada asalnya mahu mejadi seorang pelumba kuda ataupun peguam sambil mengambil kerja berlakon secara bersampingan, namun beliau dipujuk terus menmasuki bidang hiburan - malah Janet sendiri ada memikirkan minatnya pada ketika ini .[5]

Beliau mula berlakon dalam program anekawara The Jacksons pada tahun 1976.[5] Pad tahun berikutnya, beliau berlakon dalam siri sitkom Good Times,[5] A New Kind of Family serta juga Diff'rent Strokes.[5]

Apabila beliau mencecah usia 16 tahun, ayahnya menguruskan suatu kontrak rakaman bersama A&M Records.[5] Album debut berjudul senamanya dihasilkan bersama ayahnya, Angela Winbush, René Moore, Bobby Watson dari kugiran Rufus dan Leon Sylvers III pada tahun 1982.[5]

Kerjaya solo awal

Kemasyhuran