Biografi Janet_Khoo

Janet Khoo Kheng Hoon dilahirkan pada 6 Mac 1973, di Ayer Itam, Pulau Pinang dan merupakan seorang Cina Peranakan. Makanan kegemaran asam laksa Pulau Pinang.[1] Khoo pertama kali muncul dalam bidang lakonan pada 1998 menerusi watak sebagai Gina dalam drama lipur lara Idaman. Sejak itu, beliau menjadi salah seorang pelakon Cina yang membina nama dalam arena hiburan Melayu, muncul dalam beberapa kredit lakonan termasuk Putera, Kad Cinta, Gerak Khas dan Lurah Dendam.[2]