Sinopsis Jangan_Padam_Rindu

Mengisahkan Ellina yang menyangka Tuan Haji Mizan melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamikan lelaki tua.

Ellina tidak mementingkan kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Ellina akan jatuh hati dengan orang tua itu.

Mujur Ellina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Ellina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya.

Bagaimanapun, Ellina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu. Tiba hari pertunangan, dia terkejut melihat bakal suaminya.