Ulasan Jangan_Pandang_Belakang_Congkak_2

Setelah mencipta kejayaan dengan mencapai kutipan box-office sebanyak RM 6.3 juta menerusi filem Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC), Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG) Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) meneruskan kesinambungan dengan menerbitkan filem berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC 2)[1].Jika sebelum ini penonton telah menonton sekuel pertama dan tidak berpuas hati dengan pengakhiran jalan ceritanya yang agak tergantung dan membuatkan penonton tertanya-tanya, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 menjadi pelengkap siri pertama .

Menampilkan Ahmad Idham Ahmad Nadzri selaku pengarah, JPBC 2 masih lagi mengekalkan barisan pelakon-pelakon asal dan mengetengahkan plot penceritaan yang sama.Cuma bezanya, ketiadaan pelakon Shaheizy Sam, Dina, Zarina dan Mas Muharni telah digantikan dengan kemunculan Nora Danish yang membawa watak baru dalam sekuel kedua ini.Selain itu, penggunaan sistem bunyi Dolby Digital Surround dalam filem ini juga ternyata dapat memberikan kepuasan maksimum kepada penonton. Dengan adanya teknik-teknik serta aplikasi canggih dalam pembikinan filem ini, ia yakin dapat memberikan impak hebat kepada penonton[2].

Jalan cerita ini ada sedikit persamaan dengan cerita yang pernah menggondol anugerah Filem Komedi Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-6, arahan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee iaitu Pendekar Bujang Lapok.