Sinopsis Jangan_Tegur..._Lagi

Apabila Natasya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia jatuh koma, dia mula dihantui mimpi tentang seorang wanita aneh yang bernama Baizura. Bila sedar, Natasya mendapati kehidupannya mula berubah apabila dia kini mampu melihat makhluk-makhluk ghaib di sekitarnya.

Natasya amat pasti bahawa kejadian-kejadian misteri ini ada kiatan dengan Baizura. Suami Natasya, Kamal berusaha membawanya pergi berubat walaupun tidak mempercayai benda-benda khurafat ini. Masalah baru timbul apabila Kamal mula menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau juga didatangi hantu dan makhluk ghaib. Dengan bantuan keluarga, bermacam-macam cara Natasya cuba memulihkan Kamal tetapi keadaan Kamal tidak berubah.

Kamal tidak percaya dirinya disihir, malah menghabiskan masa dengan Dr. Maria untuk mencari punca saintifik permasalahannya. Hubungan rumah tangga Kamal dan Natasya semakin bermasalah. Apabila mengetahui perbuatan Nastasya yang melibatkan ilmu mistik, ibu dan bapa mentuanya marah padanya. Kamal pula enggan menerima dirinya lagi dan menuduhnya lupa diri. Natasya benar-benar berputus asa dan memulakan hidup baru secara sendirian. Namun, roh Baizura enggan melepaskannya dan terus mengganggu hidupnya.