Menu
Jarum_tujuh_bilah MorfologiJarum tujuh bilah ialah renek separa berkayu, berukuran besar dan boleh tumbuh sehingga 2-8 m tinggi sekiranya tidak dicantas. Batangnya lembut berwarna hijau ketika muda, bertukar perang setelah tua dan mempunyai tompokan duri panjang yang halus bak jarum berhampiran tangkai daun. Daunnya tunggal, tersusun berpilin, berbentuk bujur dengan hujung serta pangkalnya tirus; pucuk berwarna kemerahan dan bertukar warna menjadi hijau, dengan permukaan berkilat dan mudah bertunas.[3]
Bunganya pula tunggal, berukuran sederhana besar, keluar di hujung dahan, mempunyai ranggi yang berlapis-lapis, dan berwarna jingga, merah tua atau ungu. Buahnya sederhana besar, berbentuk bulat dan leper di atasnya seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, dan mengandungi beberapa benih hitam berukuran sederhana besar.[3]
Menu
Jarum_tujuh_bilah MorfologiBerkaitan
Jarum Jarum tujuh bilah Jarum Halus Jarum Neraka Jarum hipodermik Jaruman Jarunee Suksawat Jarimatika Jaramillo Quemado Jaramillo de la FuenteRujukan
WikiPedia: Jarum_tujuh_bilah http://adrydaud.blogspot.com/2010/03/jarum-tujuh-b... http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=24&cat=H... //doi.org/10.1080%2F01635581.2019.1654530 //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2017-3.RLTS.T152000A12... http://www.plantsoftheworldonline.org/taxon/urn:ls... https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/67412410... https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31433251/ https://www.mybis.gov.my/sp/55531 https://www.researchgate.net/publication/248386786... https://web.archive.org/web/20090219020415/http://...