Kerjaya Jasmine_Suraya_Chin

Jasmine Suraya pertama kali berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2012 untuk memulakan kerjayanya. Penguasaan bahasa Melayu beliau agak teruk ketika itu maka beliau perlu bekerja keras bagi memahirkan diri. Beliau mendaftarkan diri ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) selama enam bulan.[6]

Pada tahun 2013, beliau menjadi salah seorang peserta Projek 3R yang turut disertai oleh Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee.[7] Jasmine memegang watak Zaharah dalam filem Return to Nostalgia arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada Oktober 2015.[8]

Beliau pernah muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi sukan Rembat (2015) arahan Shamyl Othman[9] dan filem aksi permotoran KL Wangan (2017) arahan Pekin Ibrahim.[10]

Jasmine berlakon bersama Ammar Alfian, Hairul Azreen, Gambit Saifullah dan Hafizul Kamal dalam filem ketenteraan, PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018, beliau menjayakan watak sebagai Lily.[11][12] Selain itu, beliau juga muncul dalam drama lakonan Hisyam Hamid dan Hannah Delisha, Alamatnya Cinta sebagai Natalia.

Jasmine Suraya memegang watak Cai Yun atau Sofia dalam telefilem bertajuk Back To You yang turut dibintangi oleh Azizah Mahzan. Beliau menggunakan pengalaman peribadinya sendiri bagi menghayati wataknya.[13] Beliau juga bakal muncul bersama Vanidah Imran dalam drama Daulat yang bakal disiarkan di Netflix.[14]

Beliau menjayakan watak sebagai Suzie Tan dalam Adellea Sofea arahan Shahrulezad Mohameddin lakonan bersama Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz.[15] Jasimne berkata mengenai wataknya: "Saya juga tak sangka watak Suzie boleh menyentuh hati ramai penonton. Ini kerana kebanyakan babak yang saya lakonkan adalah secara spontan. Kami lebih banyak improvisasi,".[16]

Rujukan

WikiPedia: Jasmine_Suraya_Chin http://www.azhan.co/biodata-jasmine-suraya-chin-ho... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/so-daring... http://www.astroawani.com/video-hiburan/filem-pask... http://www.dailyseni.com/v4/malaysian-film-return-... http://www.imdb.com/name/nm8256552/ http://www.jasminesurayachin.com/index.html http://www.jasminesurayachin.com/media.html http://www.kosmo.com.my/hiburan/i-kl-wangan-i-sara... http://www.sinarharian.com.my/nasional/siapa-penya... https://www.facebook.com/jasminesurayachin