Sejarah JavaScript

Pada asalnya, pembangunan JavaScript diusahakan oleh Brendan Eich di bawah nama Mocha, kemudiannya ditukar kepada LiveScript, dan akhirnya ditukar kepada JavaScript. Perubahan nama dari LiveScript ke JavaScript adalah berkebetulan dengan langkah Netscape menambah sokongan teknologi Java di pelayar web Netscape Navigator keluarannya. JavaScript mula diperkenalkan dan dipasang di pelayar Netscape versi 2.0B3 pada Disember 1995.

Pada tahun 2011, versi terakhir bagi JavaScript ialah 1.8.5